BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

2:51 AM Posted In Edit This 0 Comments »

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.


Sumber dari Facebook.

Cara menadah tangan semasa berdoa..

11:25 AM Edit This 1 Comment »


Salam...

Satu lagi ilmu yg koi nak kongsi bersama iaitu cara gone gaya menadah tangan sewaktu berdoa.

Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu ’anhu bahwa Nabi Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Sesungguhnya Rabb kalian Maha Hidup lagi Maha Mulia, Dia malu dari hamba-Nya yang mengangkat kedua tangannya (meminta-

Nya) dikembalikan dalam keadaan kosong tidak mendapat apa-apa". [Sunan Abu Daud, kitab Shalat bab Doa 2/78 No. 1488, Sunan At-Tirmidzi, bab Doa 13/68. MusnadAhmad 5/438. Dishahihkan Al-Albani, Shahih Sunan Abu Daud].

Tapi, kalau kite tengok orang2 berdoa macam2 cara menadah tangan. Ada yg bersungguh2, ada yg sambil leweh, ada yg nok taknok dan macam2 lagi bentuk tangan yg ditadah. Kata dek Ustaz Mat, KC WAPS Purun ni, bab berdoa ni kita tak boleh buat main2 kerana ada malaikat yang menjaganya.

Cara yg betul menadah tangan sewaktu berdoa ialah spt gambar yg dipaparkan.

Kalau kita tengok kat tapak tangan ada garisan yg membentuk angka 81 di tapak kanan dan angka 18 di tapak kiri. Jadinya apabila kita temukan dan jumlahkan, semuanya berjumlah 99 yg menunjukkan jumlah nama Allah SWT spt yg terdapat dalam Asma ul usna.

Satu lagi, apabila kita rapatkan dan temukan kedua2 garisan di tapak tangan tu, secara tidak langsung ianya membentuk huruf 'Ba'. Tetapi kalau huruf "Ba" manakah titiknya ?

Titiknya adalah di dalam hati kita. Sebab itulah kedudukan tangan kita hendaklah di tengah dada sebab adanya kesinambungan antara tangan dan hati. Dari hatilah kita mengharapkan doa kita diterima Allah SWT.
Tujuan sebenar kita berdoa untuk mengharapkan sesuatu dari Allah SWT, jadi alangkah baiknya kalau kita memahami erti sebenar falsafah doa ni mengikut kefahaman islam.

itu antara sedikit ilmu berkenaan menadah tangan sewaktu berdoa dan koi cuma menyampaikan apa yg koi dapat dan kalau ada tambahan daripada rodong2, amatlah dialu-alukan kerana apa yang disarankan dan diwajibkan di dalam Islam ni mempunyai nilai dan falsafah tersendiri. Cuma kita ni antara rajin dan malas je untuk mencarinya.

Lagipun doa yang sempurna mestilah ada adab2 dan kaedah2 yang betul mengikut islam. Dan sebagai insan yang mengharapkan pertolongah dari Allah SWT marilah kita mengharapkan agar doa2 yang kita pohon diperkenankan olehNya.

Wassalam...




p/s : ini entry copy paste jer... Sumber dari : sini

Manfaat Tidur Sehat

11:45 AM Posted In Edit This 0 Comments »
Manfaat Tidur Sehat

By: agussyafii

'Dan Kami jadikan tidurmu sebagai pelepas lelah bagimu.' (QS. An-Naba':9). Tidur sebagaimana Rasulullah merupakan tidur yang ideal dan sempurna. Mendatangkan manfaat bagi kesegaran dan kesehatan fisik kita. Rasulullah mencontohkan cara tidur sehat.

1. Bersiwak atau menggosok gigi. Sebelum tidur selalu memiliki kebiasaan untuk bersiwak atau menggosok gigi. Menggosok gigi merupakan pekerjaan ringan namun memiliki manfaat yang sangat luar biasa yaitu menjaga kesehatan mulut dan gigi, menghilangkan bau mulut dan mendapatkan ridho Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagaimana sabda Rasulullah.

'Siwak (menggosok gigi) membersihkan mulut dan diridhoi Allah (HR. Ibnu Khuzaimah).

2. Berwudhu. Rasulullah sebelum membaringkan tubuhnya selalu berwudhu terlebih dahulu. 'Jika engkau mendatangi pembaringanmu hendaklah berwudhu sebagaimana engkau berwudhu ketika hendak sholat. (HR. Bukhari).

3. Membersihkan tempat tidur. Ubay bin Ka'ab menuturkan kepada kita bahwa Rasulullah bersabda, 'Jika salah seorang diantara engkau mendatangi pembaringannya, hendaklah mengibaskan kasurnya dengan ujung kain (untuk membersihkannya) serta menyebut Asma Allah sebab dia tidak tahu kotoran apa yang melekat pada kasurnya (HR. Muslim).

4. Tidur dengan alas sederhana. Pada suatu hari Umar Bin Khattab menemui Rasulullah lantas beliau mengubah posisinya, Umar melihat tidak ada kain yang melindungi tubuh Rasulullah dari tikar yang dipakai berbaring. Ternyata tikar itu membekas ditubuh Rasul. Umarpun menangis.

Rasulullah bertanya, 'apa yang membuatmu menangis wahai Umar?'

Umar menjawab, 'Demi Allah karena aku tahu bahwa engkau lebih mulia disisi Allah daripada raja Kisra maupun kaisar. Mereka berpesta pora di dunia sesuka hatinya. Sedangkan engkau utusan Allah namun engkau sungguh memperihatinkan sebagaimana yang aku saksikan.'

Rasulullah bersabda, 'Tidakkah engkau ridho Ya Umar, kemegahan dunia ini diberikan pada mereka dan pahala di akherat bagi kita.'

Umar menjawab, 'Benar Ya Rasulullah,' 'Demikianlah adanya,' jawab Rasulullah. (HR. Ahmad).

5. Berdoa sampai tertidur lelap. Jika hendak berbaring, hendaklah berbaring dengan bertumpu pada rusuk kanan dan mengucapkan doa, 'Maha Suci Engkau Ya Allah, Ya Robbi, dengan menyebut namaMu aku meletakkan tubuhku dan menyebut namaMU aku mengangkat kembali. Jika Engkau mengambil ruhku, maka berikanlah rahmat padanya. Tetapi bila Engkau melepaskannya maka peliharalah sebagaimana Engkau memelihara hamba-hambaMu yang sholeh (HR. Muslim).

Selamat Tidur, Selamat Beristirahat. ..

Wassalam,
agussyafii
---
Tulisan ini dibuat dalam rangka kampanye program Kegiatan 'Muhasabah Amalia (MUSA)' Hari Ahad, Tanggal 18 April 2010 Di Rumah Amalia. Kirimkan dukungan dan partisipasi anda di http://www.facebook .com/agussyafii2, atau http://agussyafii. blogspot. com/, http://www.twitter. com/agussyafii

Nota :- dipetik dari myspace.com

Mandi wajib (buat pedoman)

11:44 AM Posted In Edit This 0 Comments »
Assalamualaikum,

Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut
jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi
wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung
sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua² keadaan bagi
membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang
zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan
pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan
penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah
satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang
zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang
itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib
dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat
Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh
dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah
mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu
tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
1:- niat.
2:- menghilangkan najis di badan.
3:- meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:

"Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."

Atau

" Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
mana² bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:

" Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:

" Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas
dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya
tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula
menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum
air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah.. Oleh itu mandi wajibnya
tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada
pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada
najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.
Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh
anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di
badan, sama ada bulu² yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu
ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang
atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu² dalam lubang hidung pula, tidak
wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu² di dalam
hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang
sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah
dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika
sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.
Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,
mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan
rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia
mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk
membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak
boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya
tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air
sampai ke rambut.. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke
rambut , tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang
ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna
itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak
bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya
menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza .. Jadi, mestilah
dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi
wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah
atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih
oleh umat Islam.

Mengenai sebab² seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais
menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.. 3 sebab melibatkan lelaki
dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,
keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum
perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak
(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana² dengan menggunakan air mutlak sama ada
air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya
mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak
mahu mandi wajib, seelok²nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,
manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali
sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan
kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu
berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di
bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma
Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah
memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA
TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau
takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2
kali, Isnin dan Khamis.. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS
i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,
buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian
kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu.......

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan
akhirat.

2.. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di
dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di
dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam
kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang
Mahsyar.

10..Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh
Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12..Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S..W.T..

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di
atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan
angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita
yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan
kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

Nota : salinan dari myspace.com

untuk bakal suamiku...

12:26 AM Posted In , , Edit This 1 Comment »
Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu’alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.

Assalamu’alaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,” Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
Calon zaujku,
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.
Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mom dan ayah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata…
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (lah-Rum: 21) Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah insan biasa dan keluargaku jua tidak lah mempunyai darjat dan pangkat yg mulia utuk dibangga2kan .Namun apa yang pasti. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu…
”… maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160) Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu.
Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.
Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.
Pertemuan…
menghadiahkan kita kasih sayang…
jika cinta satu pasti bertemu…
ia tidak ternilai…