Cara menadah tangan semasa berdoa..

11:25 AM Edit This 1 Comment »


Salam...

Satu lagi ilmu yg koi nak kongsi bersama iaitu cara gone gaya menadah tangan sewaktu berdoa.

Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu ’anhu bahwa Nabi Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Sesungguhnya Rabb kalian Maha Hidup lagi Maha Mulia, Dia malu dari hamba-Nya yang mengangkat kedua tangannya (meminta-

Nya) dikembalikan dalam keadaan kosong tidak mendapat apa-apa". [Sunan Abu Daud, kitab Shalat bab Doa 2/78 No. 1488, Sunan At-Tirmidzi, bab Doa 13/68. MusnadAhmad 5/438. Dishahihkan Al-Albani, Shahih Sunan Abu Daud].

Tapi, kalau kite tengok orang2 berdoa macam2 cara menadah tangan. Ada yg bersungguh2, ada yg sambil leweh, ada yg nok taknok dan macam2 lagi bentuk tangan yg ditadah. Kata dek Ustaz Mat, KC WAPS Purun ni, bab berdoa ni kita tak boleh buat main2 kerana ada malaikat yang menjaganya.

Cara yg betul menadah tangan sewaktu berdoa ialah spt gambar yg dipaparkan.

Kalau kita tengok kat tapak tangan ada garisan yg membentuk angka 81 di tapak kanan dan angka 18 di tapak kiri. Jadinya apabila kita temukan dan jumlahkan, semuanya berjumlah 99 yg menunjukkan jumlah nama Allah SWT spt yg terdapat dalam Asma ul usna.

Satu lagi, apabila kita rapatkan dan temukan kedua2 garisan di tapak tangan tu, secara tidak langsung ianya membentuk huruf 'Ba'. Tetapi kalau huruf "Ba" manakah titiknya ?

Titiknya adalah di dalam hati kita. Sebab itulah kedudukan tangan kita hendaklah di tengah dada sebab adanya kesinambungan antara tangan dan hati. Dari hatilah kita mengharapkan doa kita diterima Allah SWT.
Tujuan sebenar kita berdoa untuk mengharapkan sesuatu dari Allah SWT, jadi alangkah baiknya kalau kita memahami erti sebenar falsafah doa ni mengikut kefahaman islam.

itu antara sedikit ilmu berkenaan menadah tangan sewaktu berdoa dan koi cuma menyampaikan apa yg koi dapat dan kalau ada tambahan daripada rodong2, amatlah dialu-alukan kerana apa yang disarankan dan diwajibkan di dalam Islam ni mempunyai nilai dan falsafah tersendiri. Cuma kita ni antara rajin dan malas je untuk mencarinya.

Lagipun doa yang sempurna mestilah ada adab2 dan kaedah2 yang betul mengikut islam. Dan sebagai insan yang mengharapkan pertolongah dari Allah SWT marilah kita mengharapkan agar doa2 yang kita pohon diperkenankan olehNya.

Wassalam...




p/s : ini entry copy paste jer... Sumber dari : sini