Fikir-fikirkan

1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8.35 am sedangkan waktu
mula kerja adalah 8.30 am sudah dikira lewat datang kerja
TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2.00 pm atau
2.30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum
sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah
sekitar 1 - 1.30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?


2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat
perang ini TETAPI ramai daripada kita tidak boleh tinggal
rokok ciptaan mereka, tinggalkan barangan keluaran mereka,
makanan segera ciptaan mereka, memuja penyanyi mereka,
menggilai dan membanggakan artis Hollywood dan ada antara kita
menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang
sarat dengan propaganda terutamanya filem-filem aksi dan
perang. Di satu sudut kita menentang dan di satu sudut yang
lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya
benci tapi sayang?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka
berduyun-duyunlah orang pergi, melabur untuk masa depan
katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (boleh la
dikira saham Akhirat) untuk membantu manusia yang memerlukan,
nak mengumpukan RM1 juta pun payah dari rakyat Malaysia yang
bilangannya lebih dari 22 juta orang ini malah ada yang ambil
masa berbulan bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui
media massa. Mana yang lebih kita cinta? Amanah Saham untuk
masa depan di dunia atau Amanah Saham untuk masa depan di
akhirat?


4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau
melihat ibu bapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan
membuang bayi merata-rata tempat seperti sampah TETAPI kita
jarang sensitif dan terharu bila ramai ibu bapa yang mendera
anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik anaknya
menjadi anak-anak yang soleh dan solehah (mengenalkannya
Allah, mengajar sembahyang, mendidik anak menjaga aurat dan
kehormatan dirinya dan sebagainya) agar tidak didera oleh
malaikat di dalam kubur dan terseksa di Neraka. Bukankah
penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia? Bukankah
ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak ke dalam
api neraka? Mana lebih hina, buang anak dalam tong sampah atau
buang anak dalam api neraka?


5. Kita selalunya akan mudah ucapkan terima kasih pada
sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai
bila-bila TETAPI dengan Allah yang memberikan kita nyawa dan
segala nikmat yang tak terhitung banyaknya sehingga tak
termampu untuk dibalas, setiap detik dan setiap masa kita
jarang (mungkin juga tak pernah) terhutang budi dan berterima
kasih kepadaNya dengan cara yang dituntutNya. Payah benarkah?


6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang
mendedahkan keaiban kita TETAPI kita tidak sikit pun rasa malu
dengan Allah yang sudah sedia tahu kesalahan kita zahir dan
batin, kecil dan besar.


7. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia
menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku
jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah dan
sebagainya sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

Credit to : M.S.A.R sebab bagi email ini kepada saya.

Comments

Popular Posts