Permulaan Kata

2:43 AM Posted In Edit This 2 Comments »
Salam pembuka bicara. Sebenarnya tak tahu nak post apa. Firstly nak say thanks a lot to Kak Julia coz bersusah payah menyiapkan blog ini. Hakikatnya saya sangat berminat nak jadi team HPA ni. Tetiba tergerak hati nak join sekali bila always baca blog kak julia. Tapi bila blog da siap, tetiba jadi blur tak tahu nak posting apa. Cuma tujuan blog ini adalah untuk mempromot barangan HPA kan. dan menambahkan lagi group HPA. Ceh, kak julia, saya belum daftar lagi. Hee..Nanti saya bayar rm30 tu yer. Oh ya, sebenarnya saya pun tak sedar yang saya ni juga merupakan salah seorang pengguna HPA, baru je beberapa hari yang lalu saya sedar bila saya baca tentang Kopi Radix di blog kak julia. Nie nak promot ni.Hehe..

Saya mula mengenali kopi radix ialah pada bulan puasa tahun 2007. Masa tu hidup saya sepanjang 6bulan memang di rumah je. Saya baru habis belajar. Dan masa tu saya baru je ada prob dan sangat down. So bulan puasa tahun itu, saya berpuasa dirumah je, dan pada waktu sahur saya memang tak makan, saya cuma minum kopi ni je. So kira, kopi radix ni mak saya la yang perkenalkan. Heee..So first time cuba, saya rasa biasa je. Tapi setelah beberapa ketika, saya memang amalkan minum kopi ni je bila sahur dan saya tak rasa penat. Rasa biasa dan ada tenaga sepanjang hari puasa tu. Dan pengumumannya ialah,heee..Berat badan saya turun. tu yang pentingnya. Saya jadikan kopi ni sebagai ubat diet plak. ye lah, bila dah minum, tak makan pun tak apa, sebab memang tak lapar.

So, pada bulan puasa seterusnya saya memang amalkan minum kopi ni bila sahur. Tambahan pula sekarang saya dah jadi student dan tinggal di asrama. Jadi saya minum kopi ni dan promot dekat kawan-kawan dekat hostel. dan merka pun cakap okay je bila minum kopi ini. Saya rasa dia sesuai juga bagi student di asrama macam saya, sebab minuman yang dalam packet macam ni amatlah bagus kerana senang untuk disediaan dan cepat siap. Biasalah, student kan. Mana boleh nak masak dekat asrama ni. Hee...Itu saja buat kali ini. Saya masih baru disini dan dalam proses untuk mengenali produk HPA ini.

Tiba-tiba jadi macam blog sendiri pula. Maaflah ya... :-)

Oh ya, kak julia, bekalan kopi saya dah nak habis, kat kL ni mana nak dapat ya..?
Heeeee.....

Salam perkenalan dari saya.. :D
Assalamualaikum.....

Teruskan Perjuangan

5:19 PM Posted In Edit This 0 Comments »
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhmdulillah syukur saya pada Allah dapat siapkan blog Nurul Aishah, team baru myHPAgroup kami. Semoga kita sama² dapat memperjuangkan HPA iaitu Produk Halal kepada seluruh umat Islam yang kini dibelenggu dengan pelbagai masalah produk yang kebanyakannya tidak diketahui sumber asalnya samada betul² halal ataupun tidak. Wallahua'lam.

Mencari sesuatu yang halal itu, wajib bagi umat Islam. Oleh itu, marilah kita menjalankan tanggungjawab ini supaya kita sama² dapat menikmati produk yang betul² halal dan sesuailah dengan temanya "Produk Halal Tanggungjawab Bersama" Insya-Allah. Semoga HPA terus maju dan dapat menguasai pasaran suatu hari nanti, ameen!

"Teruskan Perjuangan"

Wassalam,
MyHPAgroup

Pendaftaran HPA

4:51 PM Posted In Edit This 0 Comments »
Prosedur pendaftaran:

  1. Isi borang pendaftaran dibawah dengan menyatakan maklumat-maklumat yang betul dan "Hantar Borang"
  2. Selepas borang dihantar, anda perlu membuat bayaran kepada Pengelola/Admin sebanyak RM30.00 (Pendaftaran HPA seumur hidup) melalui mana-mana akaun. *No akaun admin akan dihantar melalui SMS kepada anda.
  3. Sila hantar salinan IC anda ke email sahabatmusleem@gmail.com untuk proses pendaftaran HPA anda.
  4. Proses pendaftaran anda akan diproses dalam masa seminggu, insya-Allah.
  5. Satu blog akan di create untuk anda, insya-Allah

Wassalam,
myHPAgroup





Nama:




Alamat:




No K/P:




No H/P:




Email: